Ahad, 1 Februari 2015

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD SABAK BERNAM 2015

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD SABAK BERNAM 2015

Pada 26, 27 dan 28 Januari 2015 (Isnin, Selasa dan Rabu) telah berlangsung satu kejohanan yang telah disertai oleh murid-murid SK Tun Doktor Ismail iaitu Kejohanan Bola Baling MSSD Sabak Bernam bagi tahun 2015. Pertandingan ini diadakan di Gelanggang Rakyat, Taman Berjaya, Sabak bernam. Sebanyak 16 buah sekolah rendah (Kategori Perempuan) dan 15 buah sekolah rendah (Kategori Lelaki) telah menyertai kejohanan tersebut.

Pada pemulaannya, sekolah mensasarkan penyertaan bagi kategori lelaki dan separuh akhir bagi perempuan. Alhamdulillah pasukan perempuan telah mencapai sasaran tersebut dan hampir memasuki pertandingan akhir apabila mengheret perlawanan ke masa tambahan. Namun rezeki tidak memihak kepada kita di mana keputusan di masa tambahan adalah 4-5, kalah tipis kepada pihak lawan. Berdasarkan keputusan mata, pasukan Bola Baling Perempuan telah mendapat tempat ketiga.

Bagi pasukan lelaki pula, pemain telah melepasi sasaran apabila masuk ke peringkat suku akhir. Akan tetapi apa yang berlaku ialah, pasukan lelaki telah kalah kepada pasukan lawan di peringkat suku akhir tersebut. Namun, ia tetap menjadi kejayaan buat semua pemain kerana semangat setiakawan dan kerjasama yang kuat kerana bermain sangat dipuji. Semua pemain telah menunjukkan kemahiran dan kehebatan yang terbaik pada ketika itu.

Apapun, tahniah kepada semua murid dan guru khususnya yang telah meluangkan masa untuk melatih anak-anak murid tanpa mengenal erti penat. Hakikatnya apabila murid berjaya, gurulah yang paling gembira tidak kira apa jua permainan atau bidang yang disertai.

Tahniah sekali lagi kepada pasukan Bola Baling SK Tun Doktor Ismail.





































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan