Selasa, 21 Oktober 2014

MAJLIS KESYUKURAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN BAKES 2014 

Pada Khamis, 9 Oktober 2014 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis  Jamuan Akhir Tahun Bakes 2014.

Ia juga diadakan merangkap Majlis Kesyukuran kerana pertukaran guru besar Tn. Hj. Mohd Khamsani ke sekolah lain telah dibatalkan.

Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Saiful Azlan pada jam 4 petang, di Dorani Bayu Resort Sg. Hj. Dorani. Ia disusuli dengan  ucapan dari guru besar dan pemberian saguhati kepada semua ahli BAKES.

Jemputan di sajikan dengan pelbagai juadah minum petang iaitu mihun tomyam, ikan bakar, kerang bakar, tepung talam, karipap dan teh O panas.

Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.


























































p/s : Semoga ikhwah yang terjalin kekal dan sayangi sentiasa semuanya. :)