Isnin, 26 Januari 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah.


Pada 23 Januari yang lalu telah berlangsung satu kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Program dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan aktiviti pemanasan badan yang telah diketuai oleh Cikgu Nur Dalila.

Kira-kira jam 8.00 murid perempuan telah dilepaskan dahulu dan disusuli murid lelaki. Ia dilancarkan oleh Yang Berusaha Guru Besar iaitu Cikgu Hj. Mohd Khamsani. Bebrapa orang guru telah ditempatkan di 'Check Point' tertentu bagi mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan murid. Kejohanan ini berakhir kira-kira jam 9.30 pagi dan diakhiri dengan majlis penyampaian medal kejohanan kepada pemenang. 

Seramai 15 orang murid yang telah sampai dahulu diambil sebagai pemenang. Murid yang telah memenangi tempat pertama hingga ke 5 akan dipilih untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Dea Peringkat Daerah. 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar kejohanan tersebut. 






























































































Isnin, 19 Januari 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari Jumaat 16 Januari 2015 yang lalu.. telah berlangsung satu lagi majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Umumnya mengetahui program ini akan diadakan setiap kali menjelangnya tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. iaitu nabi akhirat zaman dan nabi yang sangat kita sayangai.

Program ini diadakan di dewan sekolah dan disertai oleh semua warga SK Tun Doktor Ismail. Program dimulakan dengan bacaan Yasin dan diketuai oleh Ustaz Saiful Azlan dan di sambung dengan slot ceramah juga oleh Ustaz Saiful. Program diteruskan lagi dengan sesi kuiz dan penerimaan hadiah setelah selesai sesi ceramah. Ia berakhir kira-kira jam 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar berkaitan program tersebut.