Isnin, 12 Januari 2015



Selamat datang 2015..

Alhamdulillah.. dengan pelbagai pahit manis memori terukir di tahun 2014, kita semua diberi nafas lagi oleh Allah s.w.t..

Mulai esok (12 Januari 2015), bermulalah sesi persekolahan bagi guru dan murid-murid SK Tun Doktor Ismail. Sesi persekolahan bagi tahun 2015 sepatutnya bermula pada 4hb Januari yang lalu.

Namun disebabkan negara mengalami fenomena luar biasa yang menyebabkan berlakunya tragedi banjir yang terburuk dekad ini, maka pihak kementerian telah membuat keputusan untuk menangguhkan sesi persekolahan ini.


Selamat kembali ke sekolah
Selamat memulakan persekolahan bagi sesi 2015..
Semoga lebih banyak kejayaan yang kita perolehi di tahun baharu ini..
Semoga guru-guru sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk terus menyemai ilmu..
Semoga anak-anak murid sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu..
Semoga semua kakitangan dan keluarga besar SKTDI sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan