Isnin, 26 Januari 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah.


Pada 23 Januari yang lalu telah berlangsung satu kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Program dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan aktiviti pemanasan badan yang telah diketuai oleh Cikgu Nur Dalila.

Kira-kira jam 8.00 murid perempuan telah dilepaskan dahulu dan disusuli murid lelaki. Ia dilancarkan oleh Yang Berusaha Guru Besar iaitu Cikgu Hj. Mohd Khamsani. Bebrapa orang guru telah ditempatkan di 'Check Point' tertentu bagi mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan murid. Kejohanan ini berakhir kira-kira jam 9.30 pagi dan diakhiri dengan majlis penyampaian medal kejohanan kepada pemenang. 

Seramai 15 orang murid yang telah sampai dahulu diambil sebagai pemenang. Murid yang telah memenangi tempat pertama hingga ke 5 akan dipilih untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Dea Peringkat Daerah. 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar kejohanan tersebut. 






























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan