Ahad, 16 November 2014

HARI USAHAWAN MUDA 2014

Alhamdulillah. Satu lagi program yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan Hari Usahawan Muda peringkat sekolah bagi tahun 2014. Program ini telah diadakan pada 15 November 2014 (Sabtu) bertempat di SK Tun Doktor Ismail. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya terdapat beberapa gerai yang menghidangkan pelabagai juadah untuk dibeli. Selain itu terdapa juga jualan kraftangan, jualan makanan dan minuman, permintaan lagu, pertandingan memancing, pertandingan bowling buah kelapa, pertandingan mewarna terbuka dan tayangan mini kanak-kanak, Upin dan Ipin. 

Terdapat juga aktiviti cabutan bertuah terbuka kepada ibu bapa / penjaga murid. Untuk layak menyertai cabutan ini, ibu bapa / penjaga perlu 'Log In' ke dalam perisian VLEFROG dan mendapatkan kad cabutan setelah usai menjawab soalan yang disediakan di dalam perisian tersebut. Program hari usahawan ini berakhir pada jam 1.00 petang apabila tamatnya pertandingan memancing untuk kategori kanak-kanak.

Oleh kerana program ini julung kali diadakan, pihak sekolah memahami jika ada kelemahannya. Sesungguhnya yang baik dan elok itu semua dari Allah S.W.T dan yang kurang itu kelemahan pihak sekolah.

Walaubagaimanapun, pihak sekolah sangat gembira dan teruja dengan kehadiran dan penyertaan jemputan yang telah hadir dan memeriahkan program ini. 








































































































Sekian, terima kasih. :) Semoga kita berjumpa lagi