Sabtu, 15 November 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK TUN DOKTOR ISMAIL
TAHUN 2014

Perkhemahan Unit Beruniform sekolah telah diadakan pada 31 Oktober dan 1 November 2014 (Jumaat dan Sabtu) yang lalu, bertempat di SK Tun Doktor Ismail. Program ini telah di sertai oleh semua guru, murid-murid tahap 2 (seramai 102 orang, termasuk 14 orang murid pendidikan khas), kakitangan, pekerja swasta dan pengawal keselamatan.

Program diadakan bertujuan untuk membentuk sikap berdisiplin, bertanggungjawab, bekerjasama, membentuk sikap kepimpinan dalam diri murid dan mampu memupuk sikap berdikari.

Aktiviti dimulakan pada hari Jumaat (31 Oktober 2014) jam 3.00 petang iaitu sesi pendaftaran murid, guru dan kakitangan.















Nama kumpulan, logo, senarai nama ahli kumpulan.    




Sesi pendaftaran. 




Aktiviti diteruskan dengan taklimat ringkas oleh guru bertugas.


Sesi taklimat dan memasang khemah  oleh wakil dari Jabatan Pertahanan Awam Cawangan Sabak Bernam. 






















Aktiviti disambung selepas minum petang dan solat asar. 





Aktiviti sukaneka yang diadakan di padang sekolah. 












Aktiviti diteruskan dengan solat Maghrib, tazkirah dan solat Isya'. 






Aktiviti diteruskan dengan persembahan malam kebudayaan, barbeku dan 'burung hantu' 





















Program berakhir dan murid tidur pada jam 2.30 pagi. Program perkhemahan ini di sambung pada jam 5.30 untuk menunaikan solat subuh bersama. Setelah selesai bersolat, murid-murid bersedia untuk meneruskan aktiviti senaman pagi.








Seelah selesai bersarapan pagi, kira-kira jam 8.30 pagi, aktiviti diteruskan dengan pertandingan masakan 'lempeng' dan gubahan. 

Taklimat oleh guru bertugas. 





















Aktiviti diteruskan dengan sesi membuka khemah dan memasang masakan kecemasan. Aktiviti ini diselia oleh pihak JPAM dan tamat pada jam 1.00 petang. Murid-murid disajikan dengan makan tengahari dan sesi pemberian saguhati kepada JPAM Sabak Bernam.























Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu, pertandingan mencipta logo, pertandingan persembahan, pertandingan memasak dan juga pertandingan gubahan. Tahniah diucapkan kepada pemenang. 



























Pihak pengurusan sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru, kakitangan, pengawal keselamatan, ibu bapa dan JPAM Sabak Bernam kerana membantu murid-murid di dalam menjayakan aktiviti perkhemahan peringkat sekolah tahun 2014. Hanya Allah yang  dapat membalas jasa kalian semua.

 























Tiada ulasan:

Catat Ulasan