Selasa, 15 Januari 2019

14.01.2019 : BENGKEL KAD PETAK (UNIT ASET)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 14 Januari 2019, masa 3:00 petang hingga 4:30 petang, satu bengkel telah dijalankan untuk Unit Pengurusan Aset Sekolah. Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah luar. Beliau ialah Puan Norazua dari SK Tok Khalifah, Sabak Bernam.

Beliau telah menunjukkan fungsi, cara pengisian dan juga pengurusan Kad Petak yang merupakan instrumen bukti yang akan dinilai oleh pihak auditor kewangan sekolah nanti. Bagi mengelakkan seperti masalah "Berteguran", Kad Petak atau pun Kew PS.4 perlu dititik beratkan oleh warga sekolah.









14.01.2019 : MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 14 Januari 2019, Unit Disiplin Hal Ehwal Murid telah menjalankan Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda bagi sesi persekolahan tahun 2019. Perlantikan ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan juga Penolong Ketua Kelas.









Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Sarjan Mohd Tunmizi bin Che Cob, Pegawai PDRM Sabak Bernam. Beliau memberi nasihat kepada semua murid agar sentiasa menunjukkan disiplin yang terbaik sepanjang menjalani sesi persekolahan di sini.




















12.01.2019 : KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada 12 Januari 2019 yang lalu, unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail telah menjalankan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2019. Semua murid tahap 2 menyertai sebagai peserta bagi kejohanan ini. Untuk pengetahuan semua, kami telah pun menjalankan 2 kali latihan semasa aktiviti Kokurikulum pada hari Rabu petang.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid yang berjaya memenangi kejohanan ini dan seterusnya terpilih sebagai atlet sekolah yang akan menyertai pertandingan peringkat daerah yang akan dijalankan pada akhir bulan Januari nanti di SAM Bagan Terap.