Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rabu, 2 Januari 2019 telah bermula hari pertama persekolahan bagi sesi tahun 2019. Sudah tentu ini adalah merupakan pengalaman yang pertama bagi semua murid tahun 1 yang melangkah ke alam sekolah rendah. Bagi murid tahun 6 sekarang, selamat menempuh liku-liku perjalanan sebagai calon yang akan menduduki ujian peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.
Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail telah menerima kunjungan lawatan daripada pegawai PPD Sabak Bernam iaitu Encik Zakiyuddin bin Abd Hamid dan juga pegawai polis Sabak Bernam iaitu Encik Tarmizi. En. Zakiyuddin berharapa agar murid-murid tahun 1 yang mendaftar pada hari ini dapat menyesuaikan diri di sekolah baru dan seterusnya dapat belajar dengan seronok di sekolah ini.
Sewaktu perhimpunan pagi sedang berlangsung, semua murid tahun 1 dipakaikan dengan tanda nama yang wajib dipakai selama tempoh Program Transisi berlangsung. Tag nama telah disempurnakan oleh pegawai PPD iaitu En Zakiyuddin diiringi oleh tuan guru besar, En Mohd Khamsani bin Bahrun.
Untuk pengetahuan semua, murid tahun 1 yang mendaftar pada tahun 2019 ini adalah seramai 47 orang murid di dalam 1 kelas. Hal ini merupakan angka yang cukup besar yang ditampung oleh pihak sekolah dengan keadaan fizikal kelas yang agak sempit dengan perabot kerusi dan meja.
Ucapan oleh pegawai PPD Sabak Bernam, En. Zakiyuiddin bin Abd Hamid |
Sebahagian guru lelaki SKTDI |
Sebahagian guru wanita SKTDI |
Semoga Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail dapat melahirkan permata pintar produk keluaran yang terbaik selepas menamatkan sesi persekolahan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan