Khamis, 19 Februari 2015

LAWATAN PENANDAARASAN KE KUALA TERENGGANU


Pada 13, 14 dan 15 Februari 2015 yang lalu, pihak pengurusan sekolah telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Terangganu. Lawatan turut disertai oleh guru, kakitangan, pekerja swasta dan keselamatan seramai 41 orang. 


Rombongan ini diketuai oleh Cikgu Nur Dalila selaku pengurus projek dan dibimbing oleh Cikgu Hj. Mohd Khamsani selaku guru besar yang turut serta di dalam lawatan ini untuk memastikan setiap program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Rombongan pada malam tersebut di dahului dengan sedikit ucapan ringkas dan bacaan doa oleh Cikgu Hj. Khamsani.





















Rombongan bergerak dari sekolah kira-kira jam 10.30 malam (13 Februari) dan tiba di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) pada jam 6.20 pagi (14 Februari). Setibanya di masjid ini, semua ahli bergegas untuk mempersiapkan diri dan segera menunaikan ibadah solat. 












Selesai menunaikan ibadah dan bersiap diri, rombongan meneruskan perjalanan untuk menikmati sarapan pagi. Semua peserta bersarapan di sebuah restoran yang bernama AZ Selera Timur.






















Selesai bersarapan peserta meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam. Masa perjalanan porgram yang singkat menyebabkan peserta tidak dapat mengadakan lawatan ke dalam Taman Tamadun Islam. Namun ada dikalangan peserta menggunakan kesempatan yang ada untuk menunaikan ibadah sunat di dalam Masjid Kristal dan tidak kurang juga yang mengambil gambar kenangan di sekitar kawasan TTI. 




























Rombongan meneruskan perjalanan ke Pasar Payang di Kuala Terengganu dan Noor Arfa Batik di Cendering Industrial Area, Terengganu. Peserta menggunakan masa yang ada untuk membeli belah barang sebagai cenderamata dan kenangan. 










Usai membeli belah barang kenangan, semua peserta rombongan 'check in' di asrama BTPN Terengganu. Program diteruskan dengan majlis makan malam sempena persaraan Cikgu Harun yang dianjurkan oleh Badan Kelab Guru dan Kakitangan SK Tun Doktor Ismail. Cikgu Harun akan bersara secara rasmi pada 28hb Februari nanti.





































































Keesokan paginya, semua peserta telah menjamu sarapan pagi dan diikuti dengan majlis suai temu dengan pihak BTPN Marang, Terengganu yang diwakili oleh En. Jadid. Untuk makluman pembaca, BTPN Marang menawarkan pakej pengingapan dan aktiviti bagi semua kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh yang demikian jika pembaca adalah dikalangan kakitangan tersebut, bolehlah menghubungi pihak BTPN Marang untuk menikmati kemudahan penginapan dan program yang boleh diadakan di sini. 






















































Selesai program bersama BTPN Marang, semua peserta meneruskan program lawatan penandaarasan ke SK Paya Bunga, Kuala Terengganu yang diiringi oleh En. Jadid dan rakan. SK Paya Bunga adalah antara sekolah terbaik di negeri Terengganu dan telah menerima anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Objektif lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk melihat sendiri perlaksanaan "Virtual Clasroom" yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh GPK HEM dan semua peserta berpeluang untuk melihat sendiri perlaksaan eBook dan Smartboard  di dalam kelas. Kemudiannya semua peserta di bawa ke dalam bilik mesyuarat untuk taklimat ringkas mengenai eBook, Smartboard dan perihal sekolah oleh guru besar iaitu En. Suhaimi Muhammad.

SK Tun Doktor Ismail di Laman Blog Rasmi SK Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu






























Usai lawatan, semua peserta meneruskan perjalanan pulang ke Sabak Bernam dan dipertengahan jalan, peserta berhenti di beberapa tempat untuk mandi, solat dan makan). Rombongan selamat tiba di sekolah pada jam 1.40 pagi (16.2.2014)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan