PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA / PENJAGA MURID PENDIDIKAN KHAS 01/2015
Program ini merupakan program tahunan yang telah dirancang oleh Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Tun Dokotr Ismail. Pada tahun ini, (2015) ia telah diadakan pada hari Jumaat 30hb Januari 2015 bertempat di Kelas Budiman. Ia telah dipengerusikan oleh Cikgu Mazliana dan dirasmikan oleh Cikgu Harun bin Saib yang menggantikan guru besar (menghadiri majlis persaraan).
Program ini diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan antara ibu bapa / penjaga murid dengan guru dan PPM PPKI SK Tun Doktor Ismail khusunya. Selain itu, melalui program ini, ibu bapa / penjaga akan mendapat maklumat terkini tentang perkembangan PPKI dan aktiviti yang telah dijalankan pada tahun lalu. Malah di ketika inilah, pengurusan PPKI memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang aktiviti yang telah dirancang untuk diadakan sepanjang tahun 2015. Program berakhir sekitar jam 11.45 pagi dan berikut adalah gambar berkaitan : -

Tiada ulasan:
Catat Ulasan