Isnin, 2 Februari 2015

SEMAI BUDI TAHUN 6

Pada 27hb Januari yang lalu (Selasa), telah berlangsung satu program yang dinamakan Program Suai Temu Tahun 6 untuk murid Tahun 6. Program diadakan di dewan sekolah dan disertai oleh ibu bapa / penjaga murid dan guru-guru tahun 6.

Tujuan utama program diadakan adalah bagi membuka ruang berfokus di antara guru dan ibu bapa / penjaga murid tahun 6 untuk berbincang mengenai prestasi seterusnya meningkatkan minat murid untuk berjaya.

Antara objektif lain pelaksanaan program ini ialah memberi pendedahan kepada ibu bapa / penjaga mengenai program kecemerlangan berkaitan UPSR. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi laluan kepada ibu bapa / penjaga agar dapat bekerjasama dari segi tenaga, idea dan juga kewangan agar program yang dirancang dapat di laksanakan dengan jayanya.

Berikut adalah gambar berkaitan.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan