Selasa, 3 Februari 2015

MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT

Tajuk ini merujuk terus kepada program penyerahan anak angkat tahun 6 kepada semua guru SK Tun Doktor Ismail. Ia diadakan secara ringkas di majlis perhimpunan Isnin semalam.

Seramai 3-4 orang guru akan menerima antara 2-4 orang bagi setiap kumpulan guru. Program ini diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat untuk belajar dan berjaya bagi murid-murid tahun 6 ini khususnya yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini (2015).

Selain itu, ia akan memberi peluang dan ruang yang lebih luas bagi kedua pihak (murid dan guru) untuk saling menyokong demi kejayaan murid dan membimbing murid supaya sentiasa positif dan bersemangat untuk berjaya.

Berikut adalah gambar berkaitan :-
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan