Isnin, 7 Ogos 2017

21.07.2017 : Sambutan Hari raya SKTDI 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada 21 Julai yang lalu, SKTDI telah pun berjaya menjalankan sambutan hari raya peringkat sekolah. semua warga SKTDI bergembira pada hari tersebut dengan memakai pakaian hari raya yang cantik berwarna warni dan turut membawa kuih muih untuk dikongsikan bersama rakan-rakan di sekolah.

Alhamdulillah, perjalanan sambutan tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Walaupun begitu, kami warga SKTD turut merasa dukacita apabila terdapat sebilangan guru yang terpaksa meninggalkan sekolah kerana urusan taklimat/bengkel di luar sekolah. Kami sentiasa ingat pada anda semua.

Sambutan hari raya dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan doa yang dipimpin oleh Cikgu Muhammad Fitree, Pengerusi Badan Guru & Staf sesi 2017. Seterusnya adalah ucapan oleh tuan Guru Besar dan majlis jamuan pun diterusnya.

Dalam kami meraikan hari yang gembira ini, kami turut merasa kehilangan beberapa orang guru yang kami sayangi. Di antaranya ialah Cikgu Hafizah binti Mohamed dan Cikgu Arbaiyah binti Nizamudin yang berpindah dari sekolah ini atas faktor tugas dan tanggungjawab. Pada hari itu, kedua-dua orang guru ini tidak ketinggalan untuk bersama SKTDI dalam meraikan sambutan hari raya ini.

Suasana yang begitu meriah tidak dapat digambarkan. hanya melalui gambar yang dapat kami tunjukkan di dalam ruangan ini.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan