Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 24 Ogos yang lalu, sejarah tercipta buat pertama kalinya apabila kolaborasi pendidikan berjalan secara di atas talina (online) buat Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Satu pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah telah dijalankan bersama dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar. Terima kasih diucapkan kepada SK Sg Limau kerana sudi mengadakan kolaborasi dengan sekolah kami.
SKTDI berada di dalam layar SK Sungai Limau. |
Pelajar yang terlibat dalam kolaborasi ini adalah murid tahun 5. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi (1 jam) dan berlangsung di atas talian dengan menggunakan Google Hangout. Aktiviti ini dimulakan dengan sesi memperkenalan diri oleh wakil setiap sekolah (ketua kelas). Kemudian, murid menjalankan aktiviti Puzzle, menyusun keratan logo sehati sejiwa yang disusun secara rawak. Yang menariknya ialah, murid berlumba-lumba untuk menyusun siapa paling cepat dan betul puzzle yang disediakan dalam bentuk flash. Apabila keratan pertama digerakkan, masa akan mula mengira dan catatan masa terpantas akan menentukan pemenang.
Kemudian, aktiviti kemuncak dimulakan dengan sesi menjawab soalan Quizizz, Kuiz Kemerdekaan Malaysia. Sesi ini dikendalikan oleh Cikgu Fatimah dari Sk Sg Limau secara atas talian. Apabila kod kuiz Quizizz dipamerkan kepada semua murid-murid, maka kita akan saksikan perlumbaan yang penuh semangat. Pemenang ditentukan berdasarkan kepada jumlah jawapan yang betul dan juga masa yang singkat ketika menjawab soalan.
Alhamdulillah, emas, perak dan gangsa milik Sk Tun Dr Ismail bagi kuiz kemerdekaan Quizizz. Semoga dengan kolaborasi seperti ini dapat menambahkan pengalaman guru dan murid dalam menjalani pendidikan abad ke 21. Tahniah diucapkan!
Laman Frog VLE yang digunakan : SK Sungai Limau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan