Selasa, 15 Ogos 2017

11.08.2017 : PELANCARAN THE CHAMPION JUNIOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada Jumaat, 11 Ogos 2017, Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail telah mengadakan satu Majlis Pelancaran The Champion Junior. Program ini merupakan salah satu program pemerkasaan kecemerlangan yang diinspirasikan oleh pihak pentadbiran SKTDI sendiri.

The Champion Junior adalah berdasarkan kepada pencapaian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu berpandukan kepada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. Seramai 10 orang murid terpilih sebagai calon The Champion Junior pada tahun ini dengan lima orang murid daripada tahun 4 dan lima orang lagi daripada tahun 5.




Majlis dimulakan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fazli b Mohd Royani untuk para ibu bapa yang hadir dalam majlis ini. Sedikit cebisan ceramah beliau ialah ibu bapa hendaklah berdoa kecemerlangan dunia akhirat anak-anak sejak dari kecil lagi. Kita tidak perlu menunggu pada tahun peperiksaan baru hendak memohon kepada Allah. Mulakan sekarang!

Setelah itu, majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tn Haji Salehuddin bin Iskan, Koordinator Dun Sabak sebagai perasmi majlis pada program ini. Sesungguhnya kedatangan tuan ke majlis kami menaikkan seri majlis ini.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan