Khamis, 18 Januari 2018

28.12.2017 : HARI PEMBAYARAN PEMBELIAN ALATAN PERSEKOLAHAN SESI 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 28 Disember 2017 yang lalu sebagai mana kebiasaanya pada setiap penghujung tahun, pihak sekolah akan membuka kaunter pembayaran pembelian alatan untuk kegunaan anak-anak murid untuk sesi 2018. Kehadiran ibu bapa ke sekolah sangat memberangsangkan oleh kerana sesi persekolahan yang baru akan dibuka tidak lama lagi iaitu pada 2 Januari 2018.

Sebenarnya yuran yang dimaksudkan adalah bukannya bayaran pengajian murid di sekolah tetapi adalah bayaran pembelian alatan persekolahan seperti buku tulis, lencana dan juga bayaran sumbangan PIBG yang telah disepakati bersama melalui Mesyuarat Agung PIBG pada tahun lepas. Oleh itu, amat diharapkan agar ibu bapa dan penjaga tidak mengalami kekeliruan daripada hal ini. 

Walaupun ada ibu bapa yang hadir memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak mereka sudah tidak akan bersekolah lagi di sini, kami sebagai warga guru di sini mendoakan kejayaan anak-anak murid tidak kira di mana mereka berada. Jadilah manusia yang berakhlak mulia dan menghormati ibu bapa setiap masa.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan