Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setiap tahun pastinya sekolah akan menyambut ketibaan murid tahun 1 yang baru mendaftar. Murid-murid ini akan menjalani satu minggu penyesuaian budaya dan suasana sekolah rendah. Sebelum ini, murid sudah terbiasa dengan gaya pembelajaran prasekolah mahu pun tadika atau pun di pusat pengajaran yang lain. Oleh itu, minggu ini dinamakan sebagai Minggu Transisi Murid Tahun 1 agar murid dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran di SK Tun Doktor Ismail dengan selesa tanpa rasa bimbang dan takut.
Pada 2 Januari 2018, murid tahun 1 akan dikumpulkan terlebih dahulu. Murid akan berkenalan dengan guru dan rakan-rakan yang lain. Selain daripada itu, murid turut membiasakan diri dengan lokasi-lokasi penting di sekolah seperti bilik guru, pejabat, tandas dan lain-lain lagi. Guru bagi setiap subjek akan masuk ke dalam kelas dan memulakan proses Taaruf, sesi suai kenal.
Majlis Minggu Transisi Murid Tahun 1 disempurnakan oleh tuan Guru Besar, Tn Hj Mohd Khamsani bin Bahrun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan