Selasa, 21 Mac 2017

LADAP PENGGUNAAN PERANTI YES DAN MODUL PIE DI SKTDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada minggu cuti penggal pertama bagi tahun 2017, Unit ICT dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Staf (LDP) telah melaksanakan satu bengkel untuk warga Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Walaupun bengkel ini dilaksanakan dalam waktu cuti persekolahan, semangat guru-guru untuk hadir sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kedudukan SKTDI dengan PKG Sungai Besar

Bengkel kali ini telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Sungai Besar. Buat pengetahuan semua, tahun lepas kami telah mengadakan bengkel VLE di PKG Sabak Bernam. Jadi pada tahun ini kami telah putuskan untuk mengadakan bengkel di luar kawasan yang biasa.



Slot 1 : Penggunaan Peranti YES dalam PDPC

Slot 2 : Membina Laman PDPC dengan Modul PIE

Pada bengkel kali ini, terdapat dua buah slot pengisian yang perlu dipelajari oleh setiap guru. Slot 1 adalah bertajuk Penggunaan Peranti YES dalam PDPC yang telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Afiq bin Mohd Yusof, Guru Advokasi Emas SKTDI. Manakala bagi slot kedua pula telah disampaikan oleh Cikgu Azhani binti Hamid, Guru Advokasi VLE dengan tajuknya iaitu Pembinaan Laman PDPC dengan Modul PIE. Alhamdulillah, bengkel berjaya ditamatkan pada waktunya dan semua guru gembira dengan bengkel seperti ini.

Jumaat, 17 Mac 2017

HIP : Highly Immersive Programme di SKTDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 13 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail telah pun mengadakan pelancaran satu program yang besar iaitu HIP : Highly Immersive Programme bagi peringkat sekolah pada tahun ini. Tujuan program ini dijalankan adalah merupakan salah satu dasar KPM dalam Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ucapan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Mr. Muhammad Fitree bin Fuhaad

 
Gegantung HIP di papan kenyataan panitia bahasa Inggeris.

Kenapa HIP ini perlu dilaksanakan?
HIP perlu dilaksanakan kerana kita sudah pun berada di dalam gelombang ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Oleh itu, adalah sewajarnya kita bersama menyokong HIP ini bagi meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan komuniti sekolah dengan bertujuan menanamkan sifat positif terhadap subjek bahasa Inggeris. Mari kita melenyapkan fobia murid dan warga sekolah dengan bahasa Inggeris.

Semoga budaya berbahasa Inggeris terus hidup di SKTDI dan semoga maju jaya kepada semua :)

Rabu, 15 Mac 2017

Naib Johan Digital Story Telling Animation & Admin VLE Terbaik Negeri Selangor 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 8 Mac 2017 yang lalu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor telah pun menganjurkan satu majlis bagi memberi penghargaan kepada sekolah dan warga guru di negeri Selangor dalam usaha menjadikan teknologi sebagai teras dalam pendidikan. 


Bagi Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail, kami turut tidak ketinggalan kerana telah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis anugerah ini. Kami telah menyertai dua kategori bagi mewakili daerah Sabak Bernam. Yang pertama adalah kategori Digital Story Telling Animation Sekolah Rendah dan yang kedua adalah kategori Admin VLE Terbaik Negeri Selangor. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, walaupun kami bersaing dengan banyak sekolah dan guru-guru hebat negeri Selangor, kami telah berjaya memperoleh pencapaian sebagai naib johan bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Afiq bin Mohd bagi kedua-dua kategori tersebut. Dan juga ucapan tahniah kepada murid Digital Story Telling iaitu Muhammad Nua'im Faqihi b Shahrul Azman, Nurhamizah binti Shaari dan Mohd Syafiq bin Said.