Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 13 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail telah pun mengadakan pelancaran satu program yang besar iaitu HIP : Highly Immersive Programme bagi peringkat sekolah pada tahun ini. Tujuan program ini dijalankan adalah merupakan salah satu dasar KPM dalam Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Ucapan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Mr. Muhammad Fitree bin Fuhaad |
Gegantung HIP di papan kenyataan panitia bahasa Inggeris. |
Kenapa HIP ini perlu dilaksanakan?
HIP perlu dilaksanakan kerana kita sudah pun berada di dalam gelombang ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Oleh itu, adalah sewajarnya kita bersama menyokong HIP ini bagi meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan komuniti sekolah dengan bertujuan menanamkan sifat positif terhadap subjek bahasa Inggeris. Mari kita melenyapkan fobia murid dan warga sekolah dengan bahasa Inggeris.
Semoga budaya berbahasa Inggeris terus hidup di SKTDI dan semoga maju jaya kepada semua :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan