Selasa, 21 Mac 2017

LADAP PENGGUNAAN PERANTI YES DAN MODUL PIE DI SKTDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada minggu cuti penggal pertama bagi tahun 2017, Unit ICT dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Staf (LDP) telah melaksanakan satu bengkel untuk warga Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Walaupun bengkel ini dilaksanakan dalam waktu cuti persekolahan, semangat guru-guru untuk hadir sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kedudukan SKTDI dengan PKG Sungai Besar

Bengkel kali ini telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Sungai Besar. Buat pengetahuan semua, tahun lepas kami telah mengadakan bengkel VLE di PKG Sabak Bernam. Jadi pada tahun ini kami telah putuskan untuk mengadakan bengkel di luar kawasan yang biasa.



Slot 1 : Penggunaan Peranti YES dalam PDPC

Slot 2 : Membina Laman PDPC dengan Modul PIE

Pada bengkel kali ini, terdapat dua buah slot pengisian yang perlu dipelajari oleh setiap guru. Slot 1 adalah bertajuk Penggunaan Peranti YES dalam PDPC yang telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Afiq bin Mohd Yusof, Guru Advokasi Emas SKTDI. Manakala bagi slot kedua pula telah disampaikan oleh Cikgu Azhani binti Hamid, Guru Advokasi VLE dengan tajuknya iaitu Pembinaan Laman PDPC dengan Modul PIE. Alhamdulillah, bengkel berjaya ditamatkan pada waktunya dan semua guru gembira dengan bengkel seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan