Isnin, 30 Mac 2015

SK Tun Doktor Ismail kini di Wikipedia Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Klik gambar untuk besarkan imej
Setelah beberapa tahun membina laman web rasmi di sini, kini mula berterusan ke Wikipedia Bahasa Melayu.

Apa itu Wikipedia?

Wikipedia adalah suatu ensiklopedia online yang bebas disunting oleh siapa saja. Pendiri Wikipedia Jimmy Wales pernah menggambarkan Wikipedia sebagai "sebuah usaha untuk menciptakan dan menyebarkan sebuah ensiklopedia bebas dalam berbagai bahasa berkualiti tinggi kepada setiap orang di planet ini dalam bahasa mereka masing-masing". Wikipedia hadir untuk membawa pengetahuan bagi orang yang memerlukannya.

Mengapa disebut Wikipedia?
'Wikipedia' merupakan singkatan dari 'Wiki' dan 'ensiklopedia'.

Apa tujuan Wikipedia?
Tujuan Wikipedia adalah untuk menciptakan ensiklopedia bebas untuk semua pengguna--- ensiklopedia yang terbesar dan terlengkap. Tujuan ini tidak mudah dicapai dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun.

Dengan tujuan untuk mengenali sekolah ini membuat pihak sekolah mengedit semula maklumat supaya menjadi lengkap di Wikipedia ini.

Maklumat di Wikipedia sentiasa dikemaskini pada masa ke semasa dengan menggunakan akaun Wikipedia. Jadi, untuk sebarang tambahan atau idea boleh komen di bawah ini.

Layari https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Tun_Doktor_Ismail

Sabtu, 21 Mac 2015

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT KALI 02/2015

Alhamdulillah, satu lagi program yang dirancang telah selamat diadakan pada 3hb Mac yang lalu iaitu majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk kali kedua bagi tahun 2015.

Terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa / penjaga, murid-murid Tahun 6, guru dan kakitangan semua yang turut hadir menjayakan program ini.

Majlis bermula pada jam 7.00 malam, dimulakan dengan solat maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan solat Isya sebagai penutup program.




























Khamis, 12 Mac 2015

DIALOG PRESTASI.

Pada 9hb Mac yang lalu, guru Tahun 6 dan pentadbir telah mengadakan sesi Dialog Prestasi bersama ibu bapa / penjaga murid tahun 6. Antara intipati program ini ialah meransang murid untuk lebih tekun dan bersusaha untuk berjaya di dalam peperiksaan UPSR terutamanya disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti penghargaan kepada ibu bapa dan guru yang telah membimbing mereka. 

Ibu bapa turut diberi taklimat mengenai perkembangan program yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk murid tahun 6 selain membincangkan tentang perkembangan murid itu sendiri. Melalui program ini, ibu bapa lebih memahami kepentingan sokongan dan usaha ibu bapa untuk berada di sisi anak-anak dan seterusnya memastikan kejayaan mereka. 

Pihak sekolah sangat menekankan penglibatan ibu bapa di dalam kejayaan murid itu sendiri seperti sokongan kepada program yang diadakan untuk mereka. 

Akhir kata, tidak lupa tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang telah menghadiri program tersebut. Banyak manfaat yang dapat dikongsikan bersama.