Isnin, 30 Mac 2015

SK Tun Doktor Ismail kini di Wikipedia Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Klik gambar untuk besarkan imej
Setelah beberapa tahun membina laman web rasmi di sini, kini mula berterusan ke Wikipedia Bahasa Melayu.

Apa itu Wikipedia?

Wikipedia adalah suatu ensiklopedia online yang bebas disunting oleh siapa saja. Pendiri Wikipedia Jimmy Wales pernah menggambarkan Wikipedia sebagai "sebuah usaha untuk menciptakan dan menyebarkan sebuah ensiklopedia bebas dalam berbagai bahasa berkualiti tinggi kepada setiap orang di planet ini dalam bahasa mereka masing-masing". Wikipedia hadir untuk membawa pengetahuan bagi orang yang memerlukannya.

Mengapa disebut Wikipedia?
'Wikipedia' merupakan singkatan dari 'Wiki' dan 'ensiklopedia'.

Apa tujuan Wikipedia?
Tujuan Wikipedia adalah untuk menciptakan ensiklopedia bebas untuk semua pengguna--- ensiklopedia yang terbesar dan terlengkap. Tujuan ini tidak mudah dicapai dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun.

Dengan tujuan untuk mengenali sekolah ini membuat pihak sekolah mengedit semula maklumat supaya menjadi lengkap di Wikipedia ini.

Maklumat di Wikipedia sentiasa dikemaskini pada masa ke semasa dengan menggunakan akaun Wikipedia. Jadi, untuk sebarang tambahan atau idea boleh komen di bawah ini.

Layari https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Tun_Doktor_Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan