Khamis, 12 Mac 2015

DIALOG PRESTASI.

Pada 9hb Mac yang lalu, guru Tahun 6 dan pentadbir telah mengadakan sesi Dialog Prestasi bersama ibu bapa / penjaga murid tahun 6. Antara intipati program ini ialah meransang murid untuk lebih tekun dan bersusaha untuk berjaya di dalam peperiksaan UPSR terutamanya disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti penghargaan kepada ibu bapa dan guru yang telah membimbing mereka. 

Ibu bapa turut diberi taklimat mengenai perkembangan program yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk murid tahun 6 selain membincangkan tentang perkembangan murid itu sendiri. Melalui program ini, ibu bapa lebih memahami kepentingan sokongan dan usaha ibu bapa untuk berada di sisi anak-anak dan seterusnya memastikan kejayaan mereka. 

Pihak sekolah sangat menekankan penglibatan ibu bapa di dalam kejayaan murid itu sendiri seperti sokongan kepada program yang diadakan untuk mereka. 

Akhir kata, tidak lupa tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang telah menghadiri program tersebut. Banyak manfaat yang dapat dikongsikan bersama. 



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan