Isnin, 25 Ogos 2014

ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN 
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2013


Pada tanggal 19 Ogos 2014 bersamaan Selasa yang lalu, sekolah telah diberi kepercayaan sebagai Jawatankuasa Pelaksanaan bagi Jawatankuasa Sambutan dan Jemputan majlis ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2013. Murid-murid SK Tun Doktor Ismail telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan pergerakan silat sambutan sebelum perasmi masuk ke dewan. 

Majlis dirasmikan oleh YB. Dato' Hajah Noriah Binti Kasnon selaku Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan di kelolai oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Selangor. Ia juga merupakan majlis yang julung kali diadakan bagi Pendidikan Khas khususnya. 

Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid Pendidikan Khas, sekolah dan pemimpinkokurikulum yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pengiktirafan dan penghargaan ini sekaligus dapat membina keyakinan diri murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Daerah Sabak Bernam turut menempa nama  apabila adik Saidatun Nadila Husin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena telah menerima Anugerah Tokoh Murid Cemerlang Pendidikan Khas Kategori Menengah Perempuan. Tahniah diucapkan. Berikut adalah gambar sekitar majlis tersebut.










Rabu, 20 Ogos 2014

AL-FATIHAH....

Pada tanggal 15 Julai 2014 (Jumaat) yang lalu, kita telah kehilangan seseorang yang amat kita kenali.. 
kita sayangi.. Beliau ialah Cikgu Ahmad Ramli Yasak..... 
Arwah adalah seorang yang baik hati, peramah sangat membantu, sentiasa tersenyum dan sering memberikan nasihat yang baik buat anak-anak didik dan rakan seperjuangan... 
Buat bekas murid, rakan sekerja dan semua yang mengenali beliau... 
sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buatnya... 
Semoga roh arwah tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman




#Pray for Gaza #Pray for MH370 #Justice For MH17.

Isnin, 11 Ogos 2014

"Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hatiku melonjak sama,
Ingin berjumpa sanak saudara,
Yang selalu bermain dihati........."

"Di masa bulan Ramdhan, 
Kita berpuasa hingga sebulan,
Pabila Syawal menjelma,
Hari raya disambut dengan gembira......."


Petikan lirik lagu di atas adalah diantara lagu yang sering diputar oleh Cikgu Masilah selaku "DJ"

Kenapa lagu ni 'je'... .kerana anak-anak murid hafal dua lagu ini sahaja... 
Jadi cikgu-cikgu pun layankan sahaja.... 

Kenangan terindah tercipta sekali lagi buat warga SK Tun Doktor Ismail, kerana telah menjayakan 
Majlis Sambutan Eidul Fitri dan Majlis Perpisahan Cikgu Abdul Hafiza. 

Majlis telah diadakan pada 08 Ogos 2014 (Jumaa) bertempat dikantin sekolah. Semua warga sekolah gembira menjayakan majlis yang diadakan secara sederhana ini. 
Murid-murid membawa bekalan biskut-biskut raya, memakai pakaian yang cantik berseri dan raut wajah yang ceria. 
Malahan guru dan kakitangan juga turut gembira berbaju raya dan bergambar kenangan bersama murid-murid. Tataplah gambar-gambar di bawah sebagai kenangan tersebut. 


Ceria berbaju raya




Murid Tahun 1



Murid Tahun 2


Murid Tahun 3


 Murid Tahun 4

Murid Tahun 5 -- paling sporting... :) --


Murid Tahun 6


Murid Pendidikan Khas


Murid Prasekolah


Pn Hajah Siti Arbaiayah Salam dan Pn Arbaiyah








Murid-murid ceria dan tidak sabar menantikan majlis yang akan dimulakan


Dua wajah ceria pengerusi majlis -tetap dan berpencen katanya mereka berdua nih.. :)




DJ - Cikgu Masilah

Bacaan Doa diketuai oleh Ustaz Saiful Azlan


Ucapan dari Guru Besar - Tn. Hj. Mohd Khamsani


Ucapan dari guru yang bakal meninggalkan sekolah keran naik pangkat menjadi GPK Kokurikulum di SK BNO

Hadiah kenang-kenangan dari pihak pentadbir


Dari wakil BAKES - Pn. Hajah Noor Aida Ngat Denin


Dari wakil Bilik Guru - Pn. Hajah Shamsinar 

Dari wakil Pendidikan Khas - Cikgu Arbaiyah

Dari wakil murid Tahap Dua

Dari wakil murid Tahap Satu



















Jurugambar majlis - tetap dan berpencen juga katanya... :) - Cikgu Dalila dan Cikgu Noorasyiqin


Pemenang bagi kategori pakaian tercantik.. Tahniah kepada murid-murid










Murid, guru, dan kakitangan menikmati jamuan yang disediakan... 


Alhamdulillah di akhirnya program ini berjaya dilaksanakan. Yang penting semua warga SKTDI ceria dan bersederhana di dalam menyambut Eidul Fitri 1435H..

p.s : JusticeforMH17