Isnin, 25 Ogos 2014

ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN 
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2013


Pada tanggal 19 Ogos 2014 bersamaan Selasa yang lalu, sekolah telah diberi kepercayaan sebagai Jawatankuasa Pelaksanaan bagi Jawatankuasa Sambutan dan Jemputan majlis ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2013. Murid-murid SK Tun Doktor Ismail telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan pergerakan silat sambutan sebelum perasmi masuk ke dewan. 

Majlis dirasmikan oleh YB. Dato' Hajah Noriah Binti Kasnon selaku Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan di kelolai oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Selangor. Ia juga merupakan majlis yang julung kali diadakan bagi Pendidikan Khas khususnya. 

Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid Pendidikan Khas, sekolah dan pemimpinkokurikulum yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pengiktirafan dan penghargaan ini sekaligus dapat membina keyakinan diri murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Daerah Sabak Bernam turut menempa nama  apabila adik Saidatun Nadila Husin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena telah menerima Anugerah Tokoh Murid Cemerlang Pendidikan Khas Kategori Menengah Perempuan. Tahniah diucapkan. Berikut adalah gambar sekitar majlis tersebut.