Rabu, 27 Ogos 2014

PROGRAM MOTIVASI DAN BIMBINGAN
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR PECUTAN AKHIR 2014

Pada tarikh 22 & 23 Ogos 2014 (Jumaat & Sabtu) yang lalu, sekolah telah menganjurkan satu Program Motivasi dan Bimbingan Teknik Menjawab Soalan UPSR Pecutan Akhir Tahun 2014 khusus untuk murid-murid Tahun 6. Ia diadakan di Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Daerah Sabak Bernam dan turut melibatkan semua guru dan kakitangan SK Tun Doktor Ismail. 

Program diadakan bertujuan memberi semangat motivasi yang tinggi kepada murid-murid tahun 6 dan teknik menjawab soalan UPSR. Tiada khidmat penceramah luar sebaliknya guru-guru Tahun 6 diberi kepercayaan untuk mengendali setiap slot dan ia turut dibantu oleh guru-guru lain yang bertindak sebagai guru pembimbing bagi kumpulan-kumpulan kecil. Ia bertujuan mengeratkan hubungan antara guru dan murid supaya lebih akrab dan memberi peluang kepada murid-murid lebih santai di dalam sesi penyerapan ilmu. Setiap slot diasingkan mengikut subjek yang berbeza. Program ditutup dengan sesi Dialog Bersama Ibu / Bapa / Penjaga murid Tahun 6. 

Sesi Pendaftaran







Slot pertama, matapelajaran Bahasa Inggeris disampaikan oleh Cikgu Lina. 






Murid-murid dan guru kelihatan gembira menikmati juadah minum petang di Hotel Sri Bernam. Rezeki buat murid-murid kerana program ini tiada di dalam perancangan. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar kerana kejutan ini.  













Slot malamnya diteruskan dengan subjek Bahasa Malaysia oleh Cikgu Hajah Noor Aida.






Minum malam yang disediakan oleh guru-guru. 








Sesi renungan diri yang dipimpim khas oleh tuan guru besar. Cikgu Hj. Khamsani. Sesi ini telah membantu murid-murid menginsafi diri dan bermafaan dengan guru-guru.  






Senaman pagi oleh En. Zul.





Murid-murid menikmati sarapan pagi.





Slot ketiga diteruskan oleh Cikgu Azhani bagi matapelajaran Sains.




Slot keempat adalah matapelajaran Matematik yang dibimbing oleh Cikgu Hajah Rohani.




Slot terakhir adalah sesi Dialog Bersama Ibu Bapa / Penjaga murid-murid Tahun 6. 










Guru, murid dan kakitangan bergambar kenangan sebelum majlis bersurai. 


Doa ibu bapa, guru dan seluruh warga SKTDI sentiasa bersamamu anak-anak. Semoga berjaya di dalam peperiksaan UPSR nanti. Usah sia-siakan usaha dan pengorbanan orang disekeliling mu... Amin....



# pray for Year 6
# pray for MH370
# justice for MH17




Isnin, 25 Ogos 2014

ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN 
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2013


Pada tanggal 19 Ogos 2014 bersamaan Selasa yang lalu, sekolah telah diberi kepercayaan sebagai Jawatankuasa Pelaksanaan bagi Jawatankuasa Sambutan dan Jemputan majlis ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2013. Murid-murid SK Tun Doktor Ismail telah diberi kepercayaan untuk mempersembahkan pergerakan silat sambutan sebelum perasmi masuk ke dewan. 

Majlis dirasmikan oleh YB. Dato' Hajah Noriah Binti Kasnon selaku Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan di kelolai oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Selangor. Ia juga merupakan majlis yang julung kali diadakan bagi Pendidikan Khas khususnya. 

Matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid Pendidikan Khas, sekolah dan pemimpinkokurikulum yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pengiktirafan dan penghargaan ini sekaligus dapat membina keyakinan diri murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Daerah Sabak Bernam turut menempa nama  apabila adik Saidatun Nadila Husin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena telah menerima Anugerah Tokoh Murid Cemerlang Pendidikan Khas Kategori Menengah Perempuan. Tahniah diucapkan. Berikut adalah gambar sekitar majlis tersebut.










Rabu, 20 Ogos 2014

AL-FATIHAH....

Pada tanggal 15 Julai 2014 (Jumaat) yang lalu, kita telah kehilangan seseorang yang amat kita kenali.. 
kita sayangi.. Beliau ialah Cikgu Ahmad Ramli Yasak..... 
Arwah adalah seorang yang baik hati, peramah sangat membantu, sentiasa tersenyum dan sering memberikan nasihat yang baik buat anak-anak didik dan rakan seperjuangan... 
Buat bekas murid, rakan sekerja dan semua yang mengenali beliau... 
sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buatnya... 
Semoga roh arwah tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman




#Pray for Gaza #Pray for MH370 #Justice For MH17.