Jumaat, 26 Disember 2014

MALAM JALINAN KASIH TAUTAN BUDI

Pada 24 Disember 2014 (Rabu), satu program telah diadakan anjuran Unit Pengurusan Pentadbiran, SK Tun Doktor Ismail bertempat di Dewan Homestay, Sepintas. Program ini dirasmikan oleh wakil dari ADUN Sabak Bernam (YB Fasiah) iaitu En. Bunyamin pada jam 9.00 malam. Juruacara bagi majlis tersebut ialah En. Zulkifli, JKKKP Sepintas. Ia adalah majlis yang julung kali diadakan di sekolah ini dan tema yang ditetapkan adalah merah.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Mohd Khamsani, ucapan perasmian oleh En. Budyamin dan diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan. Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah mengikut kategori yang masing-masing. Anugerah ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada semua guru dan kakitangan yang telah memberikan komitmen tinggi untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan. Anugerah bagi kategori tersebut terdiri daripada unit Kurikulum, Pentadbiran, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Pendidikan Khas di mana penilai adalah dikalangan pihak pentadbir sekolah.

Majjlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan diiringi persembahan oleh kumpulan dari Taman Air Manis. Usai jamuan makan, guru besar telah menyediakan hadiah khas untuk  pakaian tercantik pada malam tersebut dan ia dimenangi oleh Pn. Jihan dan Ustazah Wan. Majlis berakhir sekitar jam 10.45 malam. Berikut adalah gambar sekitar majlis berkenaan.















































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan