Sabtu, 27 September 2014

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA DI SKTDI - 2014

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA


Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M). 
Objektif program dijalankan ialah untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.
Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu. Susu tersebut dibekalkan oleh Sabah International Dairies (SID). 
Pada hari rabu yang lalu (24 September 2014) satu program telah diadakan di tapak perhimpunan bersempena program minum susu serentak 1 Malaysia. Semua murid dan guru terlibat di dalam program tersebut.
Sebelum memulakan program tersebut, murid-murid diminta untuk mengikuti panduan minum susu. 
1. Semak tarikh luput
2. Goncang kotak susu
3. Minum sedikit dahulu, jika masam, laporkan kepada guru. Jika elok, minum sehingga habis.
4. Jangan disimpan baki air susu. Buang kotak ke dalam tong sampah samaada habis atau tidak habis diminum.

Berikut adalah gambar-gambar berkaitan program tersebut. 
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan