Selasa, 30 September 2014

SEDETIK BERSAMA GURU BESAR

Program ini diadakan khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR ulangan pada 30 September dan 9 Oktober 2014 ini. Murid-murid telah dibawa oleh guru-guru ke Pantai BNO di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam dan menikmati makan tengahari di tepi pantai.

Ia bertujuan untuk memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid supaya tidak berputus asa dan terus positif untuk menghadapi peperiksaan UPSR sekali lagi bagi subjek Matematik Sains dan Bahasa Inggeris.











KURSUS PENINGKATAN NILAI & ETIKA DALAM PERKHIDMATAN 2014

Satu program khusus telah diadakan bagi memantapkan ilmu di kalangan guru-guru telah diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu (26 & 27 September 2014). Program ini diadakan di Pusat Sumber sekolah.



















Sabtu, 27 September 2014

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA DI SKTDI - 2014

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA


Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M). 
Objektif program dijalankan ialah untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.
Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu. Susu tersebut dibekalkan oleh Sabah International Dairies (SID). 
Pada hari rabu yang lalu (24 September 2014) satu program telah diadakan di tapak perhimpunan bersempena program minum susu serentak 1 Malaysia. Semua murid dan guru terlibat di dalam program tersebut.
Sebelum memulakan program tersebut, murid-murid diminta untuk mengikuti panduan minum susu. 
1. Semak tarikh luput
2. Goncang kotak susu
3. Minum sedikit dahulu, jika masam, laporkan kepada guru. Jika elok, minum sehingga habis.
4. Jangan disimpan baki air susu. Buang kotak ke dalam tong sampah samaada habis atau tidak habis diminum.

Berikut adalah gambar-gambar berkaitan program tersebut. 
























Rabu, 24 September 2014

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2014


Pada 4 September yang lalu, sekolah telah melaksanakan satu program Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena peperiksaan UPSR Tahun 2014. 

Ia melibatkan semua guru, kakitangan sekolah, murid-murid tahun 6 dan juga penjaga murid tahun 6 bertempat di surau sekolah. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG Cikgu Zulkifli. 

Berikut sorotan aktiviti yang dijalankan.





































Semoga usaha yang dilakukan membuahkan hasil buat anak-anak didik semua... Amin....