Jumaat, 29 Ogos 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH


Majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat, 29 Ogos 2014. Pada jam 7.30, semua murid diminta diminta berhimpun di tapak perhimpunan. Sedikit taklimat telah diberikan oleh GPK Kokurikulum, Pn. Hajah Siti Arbaiayah berkaitan perjalanan program yang akan diadakan. 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis ini. 

Taklimat oleh Pn. Hajah Siti Arabiayah (GPK Kokurikulum)



Perarakan murid-murid.














Bacaan doa oleh Adik Muhammad Danial.


Bacaan Yasin dipimpin oleh adik Abu Bakar Assiddiq




Nyanyian lagu-lagu patriotik oleh murid, guru dan kakitangan sekolah.






Persembahan oleh murid-murid yang telah memenangi pertandingan persembahan.





Pemberian wang saguhati kepada adik Muhammad Danial dan Adik Abu Bakar.
























Pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang kategori yang telah telah dipertandingkan. 


Kategori basikal berhias dimenangi oleh adik Anis Zuhairah








Laugan 'MERDEKA' di pimpin oleh Adik Abu Bakar Assiddiq.






"Di sini lahirnya sebuah CINTA'...........
CINTA kepada negaraku MALAYSIA...



Rabu, 27 Ogos 2014

PROGRAM MOTIVASI DAN BIMBINGAN
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR PECUTAN AKHIR 2014

Pada tarikh 22 & 23 Ogos 2014 (Jumaat & Sabtu) yang lalu, sekolah telah menganjurkan satu Program Motivasi dan Bimbingan Teknik Menjawab Soalan UPSR Pecutan Akhir Tahun 2014 khusus untuk murid-murid Tahun 6. Ia diadakan di Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Daerah Sabak Bernam dan turut melibatkan semua guru dan kakitangan SK Tun Doktor Ismail. 

Program diadakan bertujuan memberi semangat motivasi yang tinggi kepada murid-murid tahun 6 dan teknik menjawab soalan UPSR. Tiada khidmat penceramah luar sebaliknya guru-guru Tahun 6 diberi kepercayaan untuk mengendali setiap slot dan ia turut dibantu oleh guru-guru lain yang bertindak sebagai guru pembimbing bagi kumpulan-kumpulan kecil. Ia bertujuan mengeratkan hubungan antara guru dan murid supaya lebih akrab dan memberi peluang kepada murid-murid lebih santai di dalam sesi penyerapan ilmu. Setiap slot diasingkan mengikut subjek yang berbeza. Program ditutup dengan sesi Dialog Bersama Ibu / Bapa / Penjaga murid Tahun 6. 

Sesi Pendaftaran







Slot pertama, matapelajaran Bahasa Inggeris disampaikan oleh Cikgu Lina. 






Murid-murid dan guru kelihatan gembira menikmati juadah minum petang di Hotel Sri Bernam. Rezeki buat murid-murid kerana program ini tiada di dalam perancangan. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar kerana kejutan ini.  













Slot malamnya diteruskan dengan subjek Bahasa Malaysia oleh Cikgu Hajah Noor Aida.






Minum malam yang disediakan oleh guru-guru. 








Sesi renungan diri yang dipimpim khas oleh tuan guru besar. Cikgu Hj. Khamsani. Sesi ini telah membantu murid-murid menginsafi diri dan bermafaan dengan guru-guru.  






Senaman pagi oleh En. Zul.





Murid-murid menikmati sarapan pagi.





Slot ketiga diteruskan oleh Cikgu Azhani bagi matapelajaran Sains.




Slot keempat adalah matapelajaran Matematik yang dibimbing oleh Cikgu Hajah Rohani.




Slot terakhir adalah sesi Dialog Bersama Ibu Bapa / Penjaga murid-murid Tahun 6. 










Guru, murid dan kakitangan bergambar kenangan sebelum majlis bersurai. 


Doa ibu bapa, guru dan seluruh warga SKTDI sentiasa bersamamu anak-anak. Semoga berjaya di dalam peperiksaan UPSR nanti. Usah sia-siakan usaha dan pengorbanan orang disekeliling mu... Amin....



# pray for Year 6
# pray for MH370
# justice for MH17