Isnin, 1 Disember 2014

KEPUTUSAN UPSR

Alhamdullilah setelah berhempas pulas menjawab kertas soalan peperiksaan UPSR, akhirnya tibalah hari yang dinanti-nanti iaitu Hari Pengumuman Keputusan UPSR bagi Tahun 2014.

Walaupun merasa tertekan dan kecewa, murid-murid SK Tun Doktor Ismail tetap gagah memotivasikan diri untuk terus menghadapi peperiksaan tersebut dengan kezaman yang tinggi.

Pada tarikh 26 November 2014 yang lalu, seluruh warga sekolah telah menerima berita gembira iaitu seramai 3 orang murid telah mndapat keputusa 5A dan 5 orang mendapat 4A. Gred peperiksaan telah naik kepada 2.1 dan seramai 19/26 orang telah lulus di dalam peperiksaan.

Berikut adalah kisah-kisah pada hari pengumuman tersebut :-


Keputusan peperiksaan yang sudah ada di tangan Cikgu Azhani




Menyusun sijil-sijil murid tahun 6 sementara menunggu keputusan diumumkan.



Ucapan ringkas dari Tuan Guru Besar, Tn. Hj Mohd Khamsani


Pengumuman keputusan peperiksan oleh Cikgu Azhani.







Murid yang mendapat keputusan 5A di dalam peperiksan UPSR Tahun 2014.


Barisan guru dan murid-murid yang mendapat keputusan 5A dan 4A. 



Guru dan murid-murid  Tahun 6 2014





Satu-satunya murid Pendidikan Khas yang menduduki peperiksaan UPSR 2014 dan telah mendapat keputusan yang membanggakan iaitu 2A1B2C.



#Kejayaan bermula dari kegagalan. 
#Semoga anda semua tabah dan kuatkan azam untuk terus berjaya di dalam hidup.



Ahad, 16 November 2014

HARI USAHAWAN MUDA 2014

Alhamdulillah. Satu lagi program yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan Hari Usahawan Muda peringkat sekolah bagi tahun 2014. Program ini telah diadakan pada 15 November 2014 (Sabtu) bertempat di SK Tun Doktor Ismail. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya terdapat beberapa gerai yang menghidangkan pelabagai juadah untuk dibeli. Selain itu terdapa juga jualan kraftangan, jualan makanan dan minuman, permintaan lagu, pertandingan memancing, pertandingan bowling buah kelapa, pertandingan mewarna terbuka dan tayangan mini kanak-kanak, Upin dan Ipin. 

Terdapat juga aktiviti cabutan bertuah terbuka kepada ibu bapa / penjaga murid. Untuk layak menyertai cabutan ini, ibu bapa / penjaga perlu 'Log In' ke dalam perisian VLEFROG dan mendapatkan kad cabutan setelah usai menjawab soalan yang disediakan di dalam perisian tersebut. Program hari usahawan ini berakhir pada jam 1.00 petang apabila tamatnya pertandingan memancing untuk kategori kanak-kanak.

Oleh kerana program ini julung kali diadakan, pihak sekolah memahami jika ada kelemahannya. Sesungguhnya yang baik dan elok itu semua dari Allah S.W.T dan yang kurang itu kelemahan pihak sekolah.

Walaubagaimanapun, pihak sekolah sangat gembira dan teruja dengan kehadiran dan penyertaan jemputan yang telah hadir dan memeriahkan program ini. 








































































































Sekian, terima kasih. :) Semoga kita berjumpa lagi