Rabu, 4 April 2012

Perlawanan Persahabatan Dengan SK Khir Johari

Pada 4/4/2012 SKTDI akan bertandang ke SK Khir Johari untuk perlawanan persahabatan Bola Sepak sebelum kejohanan sebenar bola sepak MSSD pada minggu hadapan. Buat yang terbaik Team Bola Sepak SKTDI dan anda yang terhebat.

Perlawan Persahabatan kali Kedua Dengan SK Parit 6

Pada 21/3/2012,Team Bola Sepak menerima kedatangan Team Bola Sepak SK Parit 6 untuk perlawanan persahabatan kali ke dua. Perlawanan ini amat penting untuk mempersiapkan diri pelajar untuk kejohanan sebenar MSSD pada 9,10 dan 12/4/2012 yang akan menggunakan padang SKTDI sebagai padang kedua perlawanan.

Kejohanan Olahraga 2012

Kejohanan Olahraga MSSD telah berlangsung pada 26-30/3/2012 di Stadium Sabak Bernam.Tahniah kepada pasukan olahraga SKTDI kerana mendapat tempat ke-8 daripada 43 buah sekolah yang menyertai.
Pasukan olahraga SKTDI telah mendapat 1 emas dalam acara lompat jauh L4 oleh adik Zahrul Kamal bin zaidon. Bagi pingat perak pula di menangi oleh adik Ammar Rifqi dalam acara 80meter berpagar dan satu lagi pingat yang diperolehi pasukan ini ialah pingat gansa .