Rabu, 15 Mac 2017

Hi-Tea BAKES di Damai Rasidin Villa 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Majlis Setulus Hati Sanjungan Bakti merupakan aktiviti pembukaan yang diadakan oleh Kelab Badan Guru & Staf bagi Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail pada tahun ini. Majlis ini turut diadakan dalam suasana yang agak sederhana dan selesa di Damai Rasidin Villa, Sg Limau, Sungai Besar Selangor. Majlis ini telah bermula pada pukul 2.30 petang, selepas solat Jumaat.


Salah satu tujuannya ialah bagi meraikan beberapa orang warga guru dan staf yang berpindah keluar dan masuk ke dalam SKTDI. Selamat datang bagi ahli BAKES yang baru tiba dan selamat maju jaya di tempat baru bagi ahli BAKES yang telah berpindah keluar. Jadikanlah kenangan kita bersama sepanjang berkhidmat di SKTDI sebagai kenangan yang manis. Semoga sukses selalu :)


Jumaat, 3 Mac 2017

SKTDI JOHAN BOWL DALAM MSSD RAGBI SABAK BERNAM 2017

Permainan ragbi merupakan satu permainan yang turut dipertandingan di peringkat sekolah rendah selain daripada bola sepak. Permainan ini terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 5 orang pemain simpanan. Kumpulan yang memiliki jaringan terbanyak akan dikira sebagai pemenangnya. Sukan ragbi merupakan sukan yang mula bertapak di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail pada tahun ini, 2017. Pasukan ragbi telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila muncul johan bagi kategori Bowl dan seterusnya menunjukkan bahawa SKTDI berpotensi untuk terus maju pada masa akan datang.

Tarikh : 2 & 3 Februari 2017
Hari : Khamis & Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Padang Sekolah SK Seri Cempaka, Sg Air Tawar



Seramai 12 orang murid telah terpilih untuk mewakili sekolah ke kejohanan ragbi MSSD Sabak Bernam.


Berikut merupakan kedudukan bagi pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan ragbi pada tahun ini.







KEM BIJAK SIFIR 2017

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak pada hari ini. Hal ini perlu diberikan penekanan yang serius oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai asas mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Fokus utama program ini adalah untuk membantu murid Tahun enam menguasai sifir 1 hingga 12 melalui cara permainan yang menyeronokkan dengan mengharungi stesen-stesen yang telah ditetapkan.

Pada 2 Februari yang lalu, AJK kecemerlangan tahun 6 dengan kerjasama Panitia Matematik telah mengadakan satu program yang dikenali sebagai Kem Bijak Sifir. Program ini merupakan usaha pihak sekolah untuk membantu murid tahun 6 menguasai sifir melalui cara aktiviti luar bilik darjah.

Program ini telah diadakan pada hari Sabtu di dewan Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Kerjasama guru dan murid amat diperlukan bagi menjayakan program ini.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti kem ini berlangsung:-









Anda boleh muat turun dokumen untuk simpanan