Jumaat, 15 Mei 2015

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS

Pada 12hb Mei yang lalu, murid-murid program Pendidikan Khas Integrasi SK Tun Doktor Ismail telah menyertai aktiviti yang diadakan sempena Karnival Pendidikan Khas peringkat Daerah Sabak Bernam. Ia telah diadakan di SMK Dato Mustafa, Pasir Panjang, Selangor.

Tahniah kepada semua murid yang telah mendapat nombor bagi semua pertandingan yang disertai. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru dan PPM yang telah terlibat untuk melatih dan membimbing murid hingga mereka berjaya.

Adik Norhidayah binti Mohemad - Ukiran Buah Tembikai (Pertama)
Adik Muhammad Shahrul Nizam - Kerja Kayu : Kotak Tisu (Kedua)
Adik Nor Aini binti Muhammad Ibrahim - Masakan Barat : Chicken Chop (Ketiga)
Adik Muhammad Norhamizan bin Suni - Reka Bentuk Teknologi (Ketiga)
Adik Noorsyafikah binti Jahhurin - Housekeeping (Ketiga)
Adik Nor Masturina binti Abdullah  Housekeeping (Ketiga)


























Khamis, 2 April 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37

Mesyuarat Agung PIBG adalah antara program tahunan yang telah diadakan pada 28 Mac 2015 (Sabtu) yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hj. Mohd Fasiah bin Hj. Mohd Fakeh (Ahli Parlimen Kawasan Sabak Bernam), barisan jawatankuasa pelaksana dan ibu bapa yang telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 37 ini.

Majlis telah berjalan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.