Isnin, 11 Ogos 2014

"Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hatiku melonjak sama,
Ingin berjumpa sanak saudara,
Yang selalu bermain dihati........."

"Di masa bulan Ramdhan, 
Kita berpuasa hingga sebulan,
Pabila Syawal menjelma,
Hari raya disambut dengan gembira......."


Petikan lirik lagu di atas adalah diantara lagu yang sering diputar oleh Cikgu Masilah selaku "DJ"

Kenapa lagu ni 'je'... .kerana anak-anak murid hafal dua lagu ini sahaja... 
Jadi cikgu-cikgu pun layankan sahaja.... 

Kenangan terindah tercipta sekali lagi buat warga SK Tun Doktor Ismail, kerana telah menjayakan 
Majlis Sambutan Eidul Fitri dan Majlis Perpisahan Cikgu Abdul Hafiza. 

Majlis telah diadakan pada 08 Ogos 2014 (Jumaa) bertempat dikantin sekolah. Semua warga sekolah gembira menjayakan majlis yang diadakan secara sederhana ini. 
Murid-murid membawa bekalan biskut-biskut raya, memakai pakaian yang cantik berseri dan raut wajah yang ceria. 
Malahan guru dan kakitangan juga turut gembira berbaju raya dan bergambar kenangan bersama murid-murid. Tataplah gambar-gambar di bawah sebagai kenangan tersebut. 


Ceria berbaju raya




Murid Tahun 1



Murid Tahun 2


Murid Tahun 3


 Murid Tahun 4

Murid Tahun 5 -- paling sporting... :) --


Murid Tahun 6


Murid Pendidikan Khas


Murid Prasekolah


Pn Hajah Siti Arbaiayah Salam dan Pn Arbaiyah








Murid-murid ceria dan tidak sabar menantikan majlis yang akan dimulakan


Dua wajah ceria pengerusi majlis -tetap dan berpencen katanya mereka berdua nih.. :)




DJ - Cikgu Masilah

Bacaan Doa diketuai oleh Ustaz Saiful Azlan


Ucapan dari Guru Besar - Tn. Hj. Mohd Khamsani


Ucapan dari guru yang bakal meninggalkan sekolah keran naik pangkat menjadi GPK Kokurikulum di SK BNO

Hadiah kenang-kenangan dari pihak pentadbir


Dari wakil BAKES - Pn. Hajah Noor Aida Ngat Denin


Dari wakil Bilik Guru - Pn. Hajah Shamsinar 

Dari wakil Pendidikan Khas - Cikgu Arbaiyah

Dari wakil murid Tahap Dua

Dari wakil murid Tahap Satu



















Jurugambar majlis - tetap dan berpencen juga katanya... :) - Cikgu Dalila dan Cikgu Noorasyiqin


Pemenang bagi kategori pakaian tercantik.. Tahniah kepada murid-murid










Murid, guru, dan kakitangan menikmati jamuan yang disediakan... 


Alhamdulillah di akhirnya program ini berjaya dilaksanakan. Yang penting semua warga SKTDI ceria dan bersederhana di dalam menyambut Eidul Fitri 1435H..

p.s : JusticeforMH17 
 


Khamis, 7 Ogos 2014

ANUGERAH TERINDAH....

Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi peluang untuk menghirup udara pada hari ini...
Tajuk hari ini...tiada kaitan khusus dgn cerita yang akan di panjangkan di sini...
Namun, ia tetap kenangan terindah bagi individu yang terlibat.. Ini cerita semalam...

1) Program "Baraan"
Anjuran : Pihak Pengurusan SKTDI 2014
Masa : Sepanjang Bulan Syawal (mengikut jadual yang telah disusun)
Semalam rumah Tuan Guru Besar & juga kerani (En. Zul)

 Bersama tuan rumah Guru Besar (Tn. Hj. Mohd Khamsani)
 Bersama tuan rumah. En. Zulfadzli






2) Anugerah APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)
Tahniah diucapkan kepada guru dan kakitangan yang telah dianugerahkan 'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang'. Semoga kalian semua terus cemerlang di masa akan datang... Teruskan usaha untuk membantu dan berbakti kepada sekolah, murid dan diri anda sendiri. Jasa kalian tidaklah terhenti di sini. 



 Berdiri dari kiri : Pn. Jihan, Pn. Masilah Maslor dan Pn Hajah Noraida Ngat Denin





p.s : syukur atas nikmat yang diberikan.. :)

Ahad, 3 Ogos 2014

SALAM LEBARAN AIDLIFITRI 1435H

Rendang, Ketupat, Lemang, Kuah Kacang, Masak lodeh, makanan wajib di hari raya. Anda semua dah menikmatinya? Alhamdulillah.... 

Meraikan lebaran bersama keluarga yang tersayang adalah saat-saat paling di nantikan ini.. 

Namun di dalam kemeriahan yang disambut dengan gembira dan keterujaan, janganlah kita lupa pada mereka yang serba kekurangan. 

Sentiasalah bersyukur dengan rahmat dan keberkatan dari-Nya.

dan.. Kesihatan jangan diabaikan ya rakan-rakan semua.

Akhir kata, Salam Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Jadikan setiap langkah kita adalah ibadah, amin... 

Dan............ Selamat Kembali ke sekolah.... :B


Berdiri di belakang (dari kiri) : Ustazah Wan, Cikgu Abdul, Tn Hj, Khamsani (GB), Cikgu Harun, Cikgu Wan, Ustaz Saiful, En. Zul & Ustazah Zainon.
Berdiri bari kedua (dari kiri) : Cikgu Rafidah, Ustazah Suadah, Cikgu Ramlah, Cikgu Azian, Cikgu Masilah, Ustazah Rozita, Ustazah Cahrul, Cikgu Arbaiayah, Cikgu Lina, Cikgu Arbaiyah, Cikgu Asyiqin, Pn. Liza, Cikgu Aida, Cikgu Hafizah.
Duduk dihadapam (dari kiri) : Cikgu Dalila, Cikgu Azhani, Cikgu Aida Shazira, Cikgu Rohani, Pn. Azura, Pn. Suhaila.
Kumpula dihadapan (dari kiri) : Pn. Shamsinar, Pn. Rohaizah, Pn. Jihan dan Pn. Haiza.

#ramai perempuan kan? Inilah keistimewaan sekolah kami.. :)