Selasa, 15 Ogos 2017

12.08.2017 : REHLAH SAKINAH TAHUN 6 DI MASJID LUBUK PUSING

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada hari Sabtu bersamaan dengan 12 Ogos yang lalu, satu program kecemerlangan tahun 6 telah dijalankan. Semua guru tahun 6 dan juga pentadbir telah bertolak ke Masjid Lubuk Pusing. Program ini telah diberikan nama sebagai Rehlah Sakinah 2017.

Untuk pengetahuan semua, Rehlah Sakinah pada tahun ini adalah merupakan program yang kedua yang pernah dilaksanakan semenjak tahun 2015. Kehadiran kami ke masjid ini adalah sebagai usaha sekolah dalam memberi motivasi kepada murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada 11 September nanti. Semoga kecemerlangan mengiringi kami semua, insyallah.

Setibanya di masjid tersebut, kami telah berhimpun bersama untuk bacaan Surah Yasin dan juga solat hajat. Setelah itu, guru dan murid bersama-sama menjamu selera di ruang masjid yang telah disediakan. Sebelum pulang, kami telah mandi membersihkan diri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan