Isnin, 7 Ogos 2017

27.07.2017 : LADAP : PENGAJARAN & PEMBELAJARAN ABAD KE-21 & SKPMG2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 27 Julai yang lalu, seluruh warga guru telah mengikuti satu LADAP yang dinamakan sebagai pembugaran PDPC Abad Ke-21 dan juga mengenai isi kandungan penilaian yang dititikberatkan dalam Standard Empat SKPMG2 yang sangat baru kepada guru-guru pada tahun ini.

LADAP pada kali ini adalah lebih berfokus tentang bagaimana seseorang guru itu boleh mencapai markah penilaian yang tinggi disamping penerapan elemen pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 di dalam kelas. Di akhir LADAP ini, guru sudah dapat menjelaskan secara ringkas mengenai kriteria penilaian SKPMG2 dan juga amalan pengajaran abad ke-21 yang berpusatkan kepada murid.


Dalam LADAP kali ini, isi kandungan taklimat telah dibahagikan kepada tiga orang guru yang terlibat secara langsung di peringkat daerah. Sesungguhnya PPD Sabak Bernam sangat menitik beratkan mengenai amalan pedagogi semasa dengan berjaya menjemput Guru Ikon PAK-21 iaitu Cikgu Hailmi yang datang untuk berkongsikan amalan PAK-21. Oleh hal demikian, hasil perkongsian itu wajib dikongsikan pula bersama rakan guru di sekolah. Maka, LADAP ini merupakan kesinambungan daripada perkongsian tempoh hari.


Slot 1 dimulakan dengan penerangan secara ringkas mengenai SKPMG2 oleh Pn Azlina bin Sapigun. Sementera itu, Slot 2 pula diambil alih oleh Ustaz Saiful Azlan bin Tarli mengenai kriteria yang dititikberatkan dalam SKPMG2. Pada Slot 3 pula adalah perkongsian bersama Cikgu Mohd Afiq bin Mohd Yusof. Beliau berkongsikan bagaimana sesuatu PDPC abad ke-21 boleh berjalan melalui amalan seperti Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay, Round Robin, Stimuliasi, Kajian Lapangan dan lain-lain lagi.





Penceramah Slot 1 : Ustazah Azlina bt Sapigun

Penceramah slot 2: Ustaz Saiful Azlan bin Tarli


Penceramah slot 3 : Cikgu Mohd Afiq bin Mohd Yusof

Tiada ulasan:

Catat Ulasan