Rabu, 30 Ogos 2017

26.08.2017 : KEM CEMERLANG JAWI SIRI 2

Asalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 26 Ogos yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah pun menjalankan satu aktiviti yang dinamakan sebagai Kem Cemerlang Jawi Siri 2 bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Pada kem kali ini, tidak semua murid terlibat seperti mana biasa. Tetapi telah ditetapkan kumpulan sasaran bagi murid yang mengahadapi masalah dengan pembelajaran jawi.

Apakah objektif Kem Cemerlang Jawi pada kali ini?
Objektif utamanya adalah murid berupaya untuk mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung. Selain itu juga, murid boleh membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup jawi dan seterusnya dapat menulis ayat pendek dalam jawi. 23 orang murid telah dipilih untuk mengikuti aktiviti ini.

SKTDI mengucapkan tahniah dan syabas kepada Panitia Agama Islam kerana berjaya menganjurkan satu aktiviti yang berfungsi membantu murid lemah dalam pembelajaran jawi.










Selasa, 29 Ogos 2017

24.08.2017 : KOLABORASI KUIZ KEMERDEKAAN MALAYSIA ATAS TALIAN BERSAMA SK SUNGAI LIMAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 

Pada 24 Ogos yang lalu, sejarah tercipta buat pertama kalinya apabila kolaborasi pendidikan berjalan secara di atas talina (online) buat Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Satu pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah telah dijalankan bersama dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar. Terima kasih diucapkan kepada SK Sg Limau kerana sudi mengadakan kolaborasi dengan sekolah kami.

SKTDI berada di dalam layar SK Sungai Limau. 

Pelajar yang terlibat dalam kolaborasi ini adalah murid tahun 5. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 9.30 pagi (1 jam) dan berlangsung di atas talian dengan menggunakan Google Hangout. Aktiviti ini dimulakan dengan sesi memperkenalan diri oleh wakil setiap sekolah (ketua kelas). Kemudian, murid menjalankan aktiviti Puzzle, menyusun keratan logo sehati sejiwa yang disusun secara rawak. Yang menariknya ialah, murid berlumba-lumba untuk menyusun siapa paling cepat dan betul puzzle yang disediakan dalam bentuk flash. Apabila keratan pertama digerakkan, masa akan mula mengira dan catatan masa terpantas akan menentukan pemenang.


Kemudian, aktiviti kemuncak dimulakan dengan sesi menjawab soalan Quizizz, Kuiz Kemerdekaan Malaysia. Sesi ini dikendalikan oleh Cikgu Fatimah dari Sk Sg Limau secara atas talian. Apabila kod kuiz Quizizz dipamerkan kepada semua murid-murid, maka kita akan saksikan perlumbaan yang penuh semangat. Pemenang ditentukan berdasarkan kepada jumlah jawapan yang betul dan juga masa yang singkat ketika menjawab soalan.


Alhamdulillah, emas, perak dan gangsa milik Sk Tun Dr Ismail bagi kuiz kemerdekaan Quizizz. Semoga dengan kolaborasi seperti ini dapat menambahkan pengalaman guru dan murid dalam menjalani pendidikan abad ke 21. Tahniah diucapkan!

Laman Frog VLE yang digunakan : SK Sungai Limau




24.08.2017 : INSENTIF RM50 MURID TAHUN 1 AKAUN SSPN-i

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam Bajet 2017 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, salah satu intipati yang menguntungkan ibu bapa adalah Pemberian Insentif RM50 Kepada Pelajar Tahun 1 Dalam Bentuk Akaun SSPN-i Mulai Januari 2017. Bagi Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail, kami sangat menyambut baik insentif seperti ini kerana usaha ini adalah berbentuk masa hadapan.

Pada 24 Ogos yang lalu, warga pentadbir SKTDI telah pun mula memberika taklimat kepada semua ibu bapa tahun 1. Alhamdulillah, semua ibu bapa rasa bersyukur dengan instentif yang diberikan. Taklimat ini dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Murid, Puan Roszana binti Mohidin. Dalam taklimat beliau kepada para ibu bapa, beliau memaklumkan bahawa ibu bapa perlu membuka akaun SSPN-i terlebih dahulu.

Justeru itu, untuk makluman para pembaca, saya sertakan juga pautan untuk rujukan pihak tuan/puan mengenai Insentif yang diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia ini.


Di laman ini juga saya sertakan juga syarat-syarat penerimaan insentif ini yang dirujuk pada laman sesawang PTPTN Malaysia.









Isnin, 21 Ogos 2017

19.08.2017 : KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

Asaslamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 19 Ogos yang lalu, Panitia Agama Islam telah menjalankan Kem bestari Solat yang melibatkan seluruh warga sekolah. Semua murid dari tahun 1 hingga 6 serta pendidikan khas dan juga guru hadir dalam kem tersebut.


Kem telah bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari. Objektif kem ini adalah sebagai pengukuhan kepada kem bestari solat siri 1. Murid berupaya untuk mengetahui cara berwuduk serta bertayammum. Selain daripada itu, murid juga dapat melakukan bacaan dalam solat dengan betul serta dapat mempraktikkan azan dan iqamah dalam kehidupan. Manakala murid tahun 6 pula menjalani bacaan dan amali solat jenazah. Alhamdulillah, kem telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak. Syabas dan tahniah semua!!!
















Ahad, 20 Ogos 2017

15.08.2017 : HI TEA BAKES 15.08.2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada 15 Ogos yang lalu, Badan Kebajikan Guru & Staf (BAKES) telah pun menjalankan satu majlis bagi meraikan tiga orang guru yang berpindah keluar dan seorang guru yang berpindah masuk. Majlis ini telah berjalan dengan baik bertempat di Din's Cafe di pekan Sungai Besar.

Tiga orang guru SKTDI telah pun mendapatkan arahan pertukaran dalam daerah dan keadaan ini amat meresahkan kami. Walaupun begitu, atas tanggungjawab dan amanah kepada tugas, 3 orang guru ini telah pun melaporkan diri di stesen yang baru. Guru yang dimaksudkan adalah En Wan Mohd Azsha yang bertugas sekarang di SK Seri Makmur, Pn Arbaiyah bt Nizamuddin yang bertugas di SK Kampung Banting dan yang ketiga adalah Puan Siti Rohani bt Sampor yang bertugas di SK Panchang Bedena dengan kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Semoga kalian berjaya di stesen yang baru!

Kami turut menyambut kehadiran seorang guru baru yang bakal menggantikan tempat Puan Siti Rohani. Orang yang dimaksudkan adalah Puan Azizah binti Othman yang bertandang dari SK Sungai Limau. Beliau telah menerima kenaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini. Semoga kerjasama dan silaturahim yang terjalin dapat memacu kecemerlangan sekolah dengan bersama-sama.






Selasa, 15 Ogos 2017

14.08.2017 : MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 14 ogos bersamaan dengan hari Isnin, Panitia Sejarah telah pun menjalankan majlis pelancaran Bulan kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail pada tahun ini. Ketua panitianya iaitu Puan Jamilah bt Badri beserta guru yang lain telah pun merancang beberapa aktiviti menarik sepanjang bulan Ogos ini.



Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan oleh penyelaras program dan seterusnya ucapan serta gimik pelancaran yang disempurnakan oleh tuan guru besar, En. Mohd Khamsani bin Bahrun. Gimik pelancaran yang berlangsung semalam adalah sangat unik kerana empat orang pentadbir bersama-sama menyempurnakannya dengan mengecap tapak tangan pada poster yang telah disediakan.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu patriotik serta lagu tema Hari Kkemerdekaan tahun ini iaitu Sehati Sejiwa. Sebelum majlis bersurai, Cikgu Fitree telah diberi tanggungjawab untuk melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali di tapak perhimpunan sebagai simbolik bermulanya sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah.