MAJLIS PELANCARAN FROG VLE & BRIDGED ICT SKTDI : 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makmal Frog VLE Sekolah.
Pada hari Isnin bersamaan dengan 27 Mac 2017, Unit ICT telah pun mengadakan Pelancaran Frog VLE peringkat Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Majlis ini telah dijalankan di tapak perhimpunan sekolah bersama guru dan murid.

En. Khaire bin Md Zen sebagai perasmi majlis.

Majlis pelancaran ini telah dipengacarakan oleh Cikgu Mohd Afiq bin Mohd Yusof sebagai penyelaras Unit ICT dan GM1M sekolah. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Khaire bin Md Zen. Dalam ucapan beliau ada mengalakkan murid agar menggunakan Frog VLE dan sentiasa berdampingan dengannya kerana di dalam Frog VLE terdapat kuiz dan maklumat ilmu yang boleh dimanfaatkan seperti kuiz daripada FrogPlay, melawati laman Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan guru, ruangan hiburan dan lain-lain lagi.

Seiring dengan abad ke 21 ini, para guru digalakkan agar dapat memanfaatkan Frog VLE sebaik mungkin. Frog VLE merupakan platform yang termudah dan terhampir untuk guru yang cuba untuk melakukan perubahan daripada guru tradisional kepada guru abad ke 21. Semuanya terletak di atas kehendak dan keinginan guru itu sendiri.

Majlis diteruskan lagi dengan gimik pelancaran. GPK Pentadbiran telah memotong reben pada gegantung sebagai tanda bahawa Frog VLE secara rasminya sebagai aktiviti sekolah yang memerlukan perhatian dan kerjasama semua pihak.


Dalam majlis ini, 9 orang murid Bridged ICT telah dipakaikan button badge sebagai tanda perlantikan mereka dan pemberian kuasa bagi menjalankan tugas mereka dalam membantu guru dan rakan sekelas yang melibatkan ICT. Aturcara kemuncak ialah dengan menganugerahkan sijil dan hadiah kepada guru dan murid terbaik penggunaan Frog VLE bagi bulan Januari, Februari dan Mac. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!


Senarai nama murid Bridged ICT


Senarai nama Guru & Murid Terbaik Penggunaan Frog VLE



Mohd Afiq

Bekas seorang guru Pedalaman 3.
Kini seorang guru di sekolah luar bandar.
Hidup mendidik murid tanpa kelas dan kasta

Instagram