Ahad, 2 April 2017

MAJLIS PELANCARAN FROG VLE & BRIDGED ICT SKTDI : 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makmal Frog VLE Sekolah.
Pada hari Isnin bersamaan dengan 27 Mac 2017, Unit ICT telah pun mengadakan Pelancaran Frog VLE peringkat Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Majlis ini telah dijalankan di tapak perhimpunan sekolah bersama guru dan murid.

En. Khaire bin Md Zen sebagai perasmi majlis.

Majlis pelancaran ini telah dipengacarakan oleh Cikgu Mohd Afiq bin Mohd Yusof sebagai penyelaras Unit ICT dan GM1M sekolah. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Khaire bin Md Zen. Dalam ucapan beliau ada mengalakkan murid agar menggunakan Frog VLE dan sentiasa berdampingan dengannya kerana di dalam Frog VLE terdapat kuiz dan maklumat ilmu yang boleh dimanfaatkan seperti kuiz daripada FrogPlay, melawati laman Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan guru, ruangan hiburan dan lain-lain lagi.

Seiring dengan abad ke 21 ini, para guru digalakkan agar dapat memanfaatkan Frog VLE sebaik mungkin. Frog VLE merupakan platform yang termudah dan terhampir untuk guru yang cuba untuk melakukan perubahan daripada guru tradisional kepada guru abad ke 21. Semuanya terletak di atas kehendak dan keinginan guru itu sendiri.

Majlis diteruskan lagi dengan gimik pelancaran. GPK Pentadbiran telah memotong reben pada gegantung sebagai tanda bahawa Frog VLE secara rasminya sebagai aktiviti sekolah yang memerlukan perhatian dan kerjasama semua pihak.


Dalam majlis ini, 9 orang murid Bridged ICT telah dipakaikan button badge sebagai tanda perlantikan mereka dan pemberian kuasa bagi menjalankan tugas mereka dalam membantu guru dan rakan sekelas yang melibatkan ICT. Aturcara kemuncak ialah dengan menganugerahkan sijil dan hadiah kepada guru dan murid terbaik penggunaan Frog VLE bagi bulan Januari, Februari dan Mac. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!


Senarai nama murid Bridged ICT


Senarai nama Guru & Murid Terbaik Penggunaan Frog VLE



WARGA SKTDI MINUM MILO BERSAMA!

Assalamuaaikum dan salam sejahtera.


Cuaca yang begitu hangat dan rasa haus yang sangat terasa, SKTDI telah dikunjungi oleh sebuah lori Milo dari syarikat Nestle pada 28 Mac yang lalu. Alhamdulillah...seperti tahun-tahun sebelum ini, SKTDI tidak terlepas daripada senarai sekolah yang bertuah menerima minuman sihat dan bertenaga iaitu Milo.

Semua guru dan murid tidak melepaskan peluang yang hanya hadir setahun sekali ini. Lori Milo tiba pada waktu rehat murid dan sekalung pujian diucapkan kepada pemandu Milo yang tiba dilokasi pada waktu yang tepat tanpa menganggu proses PDPC kami. Terima kasih abang Milo!

Kami turut serta memeriahkan suasana dengan bergambar sambil menikmati minuman Milo. Terima kasih kepada syarikat Nestle!

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 : 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 11 Mac yang lalu, Panitia Agama islam telah mengadakan satu Kem Bestari Solat bertempat di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail. Tujuan utama program ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membantu murid menguasai bacaan dan praktikal yang berkaitan dengan ibadah solat dengan sempurna. Semua murid dan guru terlibat sama dalam menjayakan program ini.


Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan kelas masing-masing dan diketuai oleh seorang guru sebagai fasilitator. Murid perlu memastikan segala hafalan dan praktikal sempurna sepanjang proses penilaian oleh guru/fasilatotor.

Program ini telah bermula pada 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Bagi murid yang masih lagi belum menguasai asas bacaan dan praktkal solat, Panitia Agama Islam telah pun merangka Kem Bestari Solat yang seterusnya yang akan berlangsung pada penggal kedua nanti. Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah dan menjadikan seluruh warga SKTDI dapat melakukan ibadah dengan lebih sempurna.