Isnin, 30 Mac 2015

SK Tun Doktor Ismail kini di Wikipedia Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Klik gambar untuk besarkan imej
Setelah beberapa tahun membina laman web rasmi di sini, kini mula berterusan ke Wikipedia Bahasa Melayu.

Apa itu Wikipedia?

Wikipedia adalah suatu ensiklopedia online yang bebas disunting oleh siapa saja. Pendiri Wikipedia Jimmy Wales pernah menggambarkan Wikipedia sebagai "sebuah usaha untuk menciptakan dan menyebarkan sebuah ensiklopedia bebas dalam berbagai bahasa berkualiti tinggi kepada setiap orang di planet ini dalam bahasa mereka masing-masing". Wikipedia hadir untuk membawa pengetahuan bagi orang yang memerlukannya.

Mengapa disebut Wikipedia?
'Wikipedia' merupakan singkatan dari 'Wiki' dan 'ensiklopedia'.

Apa tujuan Wikipedia?
Tujuan Wikipedia adalah untuk menciptakan ensiklopedia bebas untuk semua pengguna--- ensiklopedia yang terbesar dan terlengkap. Tujuan ini tidak mudah dicapai dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun.

Dengan tujuan untuk mengenali sekolah ini membuat pihak sekolah mengedit semula maklumat supaya menjadi lengkap di Wikipedia ini.

Maklumat di Wikipedia sentiasa dikemaskini pada masa ke semasa dengan menggunakan akaun Wikipedia. Jadi, untuk sebarang tambahan atau idea boleh komen di bawah ini.

Layari https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Tun_Doktor_Ismail

Sabtu, 21 Mac 2015

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT KALI 02/2015

Alhamdulillah, satu lagi program yang dirancang telah selamat diadakan pada 3hb Mac yang lalu iaitu majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk kali kedua bagi tahun 2015.

Terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa / penjaga, murid-murid Tahun 6, guru dan kakitangan semua yang turut hadir menjayakan program ini.

Majlis bermula pada jam 7.00 malam, dimulakan dengan solat maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan solat Isya sebagai penutup program.




























Khamis, 12 Mac 2015

DIALOG PRESTASI.

Pada 9hb Mac yang lalu, guru Tahun 6 dan pentadbir telah mengadakan sesi Dialog Prestasi bersama ibu bapa / penjaga murid tahun 6. Antara intipati program ini ialah meransang murid untuk lebih tekun dan bersusaha untuk berjaya di dalam peperiksaan UPSR terutamanya disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti penghargaan kepada ibu bapa dan guru yang telah membimbing mereka. 

Ibu bapa turut diberi taklimat mengenai perkembangan program yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk murid tahun 6 selain membincangkan tentang perkembangan murid itu sendiri. Melalui program ini, ibu bapa lebih memahami kepentingan sokongan dan usaha ibu bapa untuk berada di sisi anak-anak dan seterusnya memastikan kejayaan mereka. 

Pihak sekolah sangat menekankan penglibatan ibu bapa di dalam kejayaan murid itu sendiri seperti sokongan kepada program yang diadakan untuk mereka. 

Akhir kata, tidak lupa tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa penjaga yang telah menghadiri program tersebut. Banyak manfaat yang dapat dikongsikan bersama. 



























Selasa, 3 Mac 2015

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HARUN BIN SAIB


Pada 26 & 27 Februari 2015 yang lalu telah berlangsung sebuah majlis persaraan bagi meraikan perasaraan Cikgu Harun bin Saib iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Beliau tamat perkhidmatan sebagai pendidik pada umur 60 tahun (28hb Februari 2015).

Majlis yang diadakan pada 26hb Februari adalah khas untuk Cikgu Harun bersama murid-murid manakala pada 27hb adalah bersama rakan sejawatan di dalam daerah Sabak Bernam, keluarga dan kenalan beliau.

Cikgu Harun telah berkhidmat di sekolah ini selama 3 tahun bermula 2013 hingga 2015. Beliau telah berkhidmat sebgai GPK HEM di SK Seri Makmur, Sg. Besar sebelum berpindah ke sekolah ini.

Berikut adalah gambar berkaitan :-

Majlis 26hb Februari 2015 



Murid berbaris di tepi jalan. Latihan lambaian akhir untuk hari esok.


Barisan guru dan kakitangan.


Cikgu Harun Saib (yang diraikan)



Murid sudah bersedia di dalan dewan untuk meraikan Cikgu Harun.




Ketibaan Cikgu Harun.




Bacaan doa oleh adik Arif Danial



Ucapan dari wakli murid, adik Faez Shauki.


Ucapan dari Cikgu Harun.



Barisan pekerja swasta.





Persembahan nasyid oleh pasukan nasyid sekolah.



Persembahan koir oleh murid-murid.










Pemberian hadiah dari murid, kelas dan kalangan guru.






Murid bersalaman dengan Cikgu Harun.


Majlis 27hb Februari 2015

Ketibaan yang dirai








Bacaan doa oleh Ustaz Saiful



Ucapan dari YDP PIBG (En. Zulkifli)



 AJK Pendaftaran dan krew.


 Ucapan dari guru besar (Cikgu Hj. Mohd Khamsani)









Ucapan dari CIkgu Harun.


Persembahan oleh kumpulan koir sekolah.




 Majlis penyerahan tugas.




Majlis potong pulut kuning dan cenderhati. 







Murid - murid bersedia untuk lambaian akhir.









Selamat tinggal Cikgu Harun.









Sedikit koleksi dari krew. Alhamdulillah majlis telah berakhir.