Selasa, 10 Februari 2015

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT BIL 01/2015


Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi,
Majlis bacaan Yasin dan solat hajat bil 01/2015 telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Majlis telah dihadiri oleh guru, kakitangan, ibu bapa / penjaga murid tahun 6 dan juga murid tahun 6. Hadirin mula datang kira-kira jam 6.50 petang. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah pada jam 7.30 dan diikuti bacaan Yasin, Solat Isya dan Solat hajat.

Majlis diadakan bersempena persediaan menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun 2015 dan hasrat guru besar adalah mengadakan majlis seperti pada setiap hari Selasa, minggu pertama setiap bulan.

Selain itu, ia turut diadakan bagi memohon doa ke hadrat Ilahi supaya perjalanan pergi dan pulang menunut ilmu di kalangan guru, kakitangan dan pekerja swasta SK Tun Doktor Ismail,  ke Terengganu pada 13, 14 dan 15 Februari 2015 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Lawatan ini diadakan sebagai lawatan penandaarasan ke SK Paya Bunga dan meraikan majlis persaraan GPK HEM, Cikgu Harun (Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Tun Doktor Ismail).

Berikut adalah gambar berkaitan :-




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan