Rabu, 4 April 2012

Perlawanan Persahabatan Dengan SK Khir Johari

Pada 4/4/2012 SKTDI akan bertandang ke SK Khir Johari untuk perlawanan persahabatan Bola Sepak sebelum kejohanan sebenar bola sepak MSSD pada minggu hadapan. Buat yang terbaik Team Bola Sepak SKTDI dan anda yang terhebat.

Perlawan Persahabatan kali Kedua Dengan SK Parit 6

Pada 21/3/2012,Team Bola Sepak menerima kedatangan Team Bola Sepak SK Parit 6 untuk perlawanan persahabatan kali ke dua. Perlawanan ini amat penting untuk mempersiapkan diri pelajar untuk kejohanan sebenar MSSD pada 9,10 dan 12/4/2012 yang akan menggunakan padang SKTDI sebagai padang kedua perlawanan.

Kejohanan Olahraga 2012

Kejohanan Olahraga MSSD telah berlangsung pada 26-30/3/2012 di Stadium Sabak Bernam.Tahniah kepada pasukan olahraga SKTDI kerana mendapat tempat ke-8 daripada 43 buah sekolah yang menyertai.
Pasukan olahraga SKTDI telah mendapat 1 emas dalam acara lompat jauh L4 oleh adik Zahrul Kamal bin zaidon. Bagi pingat perak pula di menangi oleh adik Ammar Rifqi dalam acara 80meter berpagar dan satu lagi pingat yang diperolehi pasukan ini ialah pingat gansa .









PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN ‘IKATAN UKHWAH’ 2012












Kelab Permainan Bola Sepak SKTDI telah mengadakan Perlawanan Persahabatan yang dikenali sebagai Ikatan Ukhwan dengan disertai oleh empat pasukan bola sepak sekolah lain di daerah Sabak Bernam mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 3 Mac 2012. Hari : Sabtu Tempat : Padang bola SKTDI


Keputusan perlawanan.



Perlawanan persahabatan ini melibatkan Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail ( 2 Team ), Sekolah Kebangsaan Parit Enam (1 Team), sekolah Kebangsaan Parit Baru (1 Team) dan sekolah Kebangsaan Seri Mawar (1 Team).

Perlawanan ini di adakan pada hari Sabtu bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

Juara keseluruhan ialah Team 1 SKTDI di ikuti Team SK Parit Baru, SK Seri Mawar, SK Parit 6 dan Team SKTDI 2.

Melalui perlawanan ini,semua pasukan dapat mengenalpasti dan membaiki lagi skill-skill untuk pasukan masing-masing untuk kejohanan sebenar MSSD yang akan berlangsung pada 9,10 dan 12 / 4/ 2012.

Tahniah kepada semua pasukan.